Sabtu, 2009 Julai 04

hati 3

Wahai MUJAHID DAKWAH!

Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman. Engkau sekarang telah jadi.

Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.

Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.

Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batu-bata untuk membangun gedung Ummat ini.

Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan air mata, kesengsaraan dan penderitaan.

Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.

Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau

ditinggalkannya di daerah kesepian.

Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.

Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.

Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.

Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.

Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.

Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan penolong engkau di medan bakti?

Sabtu, 2009 Jun 27

hati 2

“Boleh,KOT”..... “Kita mesti menjalankan dakwah secara rahsia,KOT”..... Pelbagai penyimpangan pendapat boleh berlaku, sepertimana hati itu perlu dijaga serapi yang mungkin kerana hati ini sering berbolak-balik. Terdengar rintihan-rintihan para soleh dalam menghisab hati, bernasabkan doa ar-rasul saw... ”Wahai Yang membolak-balikkan hati ini, teguhkan (thabit) hati kami dalam deen-Mu dan ketaatan kepada Mu...”..... Sebagaimana niat itu perlu di perbetulkan diiringi oleh himmah dalam melakukan amal. Sebab di sana sini ramai yang mendaki gunung amal yang tinggi dengan susah-payah agar disanjungi, meredah lautan yang luas untuk dipuja-puji. Sebagaimana dunia ini adalah perkara yang dekat di hati, bagi menghinakan ahli dunia yang menyanjungnya. Betapa indahnya bagi orang yang mengikhlaskan dirinya hanya kepada Allah swt. Sebab pada dirinya ada satu prinsip yang besar yang menyebabkan dirinya terus melonjak gunung yang tinggi di perbatasan yang paling tinggi. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi berbanding Ia. Itulah mujahid sejati. Barisilah kata yang indah ini......